top of page

Apa yang harus aku lakukan.......

  • nrashikinm
  • Dec 23, 2014
  • 2 min read

Hari ni saya baru mula membaca buku `Genius dari Syurga. Kisah benar seorang ibu yang mendidik anak autistik`...... Saya rasa ingin untuk berkongsi sedikit dari hasil pembacaan saya yang rasanya sangat relevan untuk sesiapa pun termasuk mereka yang diuji dengan masalah infertiliti..... Ada 2 formula terhebat yang dikonsikan dalam buku ini yang perlu difahami bagi semua orang yang sedang berusaha untuk mencari penyelesaian dalam apa jua masalah yang dihadapi. Formula 1

Izin ALLAH lebih besar daripada usaha kita Apa maksudnya? Dalam ayat kursi ada dinyatakan " ALLAH, tidak ada TUHAN yang berhak disembah melainkan DIA yang hidup kekal dan terus-menerus mengurus hambaNYA. Tidak dipengaruhi rasa mengantuk malahan tidak tidur. Kepunyaan ALLAH segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang dapat memberi syafaat (kebaikan) tanpa izinNYA............" TIDAK AKAN BERGERAK SATU ZARAH PUN DI DUNIA INI TANPA IZIN ALLAH. Jadi, sebesar dan sehebat mana pun usaha dan tenaga kita, jika izin ALLAH tidak bersama kita, semuanya sia-sia sahaja. Sebanyak mana pun kita meminta pertolongan makhluk, jika ALLAH tidak izinkan bantuan itu sampai kepada kita, maka kita cuma akan dapat lelahnya sahaja. Justeru itu, bagi mereka yang sedang berusaha sekuat mungkin untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi, libatkan ALLAH sebelum kita memulakan sesuatu usaha, agar usaha yang kita lakukan mendapat izinNYA dan membuahkan hasil. Formula 2

Meminta pertolongan dengan jalan taqwa. " Barang siapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mengadakannya jalan keluar. Dan ALLAH memberi rezeki kepadanya pada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya, ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (AT-Thalaq, 65:2-3) Inilah formula terhebat untuk menyelesaikan masalah yang ALLAH berikan kepada kita. Formula ini sangat jelas di mana ALLAH menjamin akan penyelesaian dan jalan keluar kepada masalah kita, dengan syarat kita perlu bertakwa kepadaNYA. Bagaimana jalan keluar itu akan sampai kepada kita, kita akan tahu bila tiba masanya. Inilah kuncinya. Apapun ujian yang diberi, ujian jodoh, rezeki, kekurangan harta, kekurangan fizikal, penyakit dan lain-lain, dengan rahmat dan kasih sayangNYA , ALLAH menjamin kita akan bertemu dengan jalan keluar jika kita mengikut `jalan takwa`.........

I

IMG_1190.JPG
IMG_0241.JPG

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2014 DrNoorashikinM. Proudly created with Wix.com

  • w-facebook
  • Twitter Clean
bottom of page